Sunday, 2 September 2012

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK – KANAK

DISEDIAKAN OLEH        :     RINA ZULIATY BINTI ISHAK
NO KP                                 :     841130-02-5430
KURSUS                             :     DPLI MATH
KAMPUS                            :     IPG TUANKU BAINUN


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini. Usaha melahirkan kerka kursus  ini adalah dengan izinNya dan kerjasama banyak pihak.izinkan saya  mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah menolong menjayakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kursus pengajian saya di Institut Perguruan Malaysia Tuanku Bainun. 
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan. Ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada En. Hairi Bin Yahya  yang merupakan pensyarah bagi subjek ini. Beliau telah begitu banyak memberikan galakan, nasihat dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Juga ucapan terima kasih kepada kawan sekumpulan saya yang membentangkan tajuk ini iaitu suresh valdivaloo a/l. Tidak lupa juga kepada dua orang kawan kumpulan saya yang sama – sama menyiapkan blog bagi melunaskan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan buat Mohd Azman dan azizul.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.



PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK – KANAK
Peringkat Tumbesaran Dan Perkembangan (Fizikal,Kognitif,Sosial,Emosi Dan Moral)

Seseorang individu melalui berbagai peringkat tumbesaran dan perkembangan daripada keadaan bayi hingga ke peringkat umur tua. Perubahan – perubahan yang siginifikan berlaku semasa tempoh peralihan ini. Peringkat – peringkat ini boleh dibahagikan secara umum seperti yang berikut:
      i.        Bayi ( 0 -2 tahun)
    ii.        Kanak – kanak ( 2- 8 tahun)
   iii.        Remaja ( 9 – 18 tahun)
   iv.        Muda / awal dewasa ( 19 – 45 tahun)
    v.        Pertengahan umur ( 45 – 65 tahun)
   vi.        Umur tua ( 65 + tahun)

Aspek Perkembangan Psikomotor ( Jasmani)
Peringkat
Umur
Aspek Perkembangan Psikomotor
Bayi
0 – 2
·         Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut
·         Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan
·         Mula membezakan suara daripada ahli keluarga dan orang lain
·         Penglihatan dan pedengaran masih belum berkembang dengan sempurna
Awal kanak – kanak
2 – 6
·         Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi
·         Mempunyai satu set gigi susu
·         Semakin aktif menggunakan kaki dan tangan
·         Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal
Kanak - kanak
6 - 12
·         Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik
·         Otot mata sudah matang untuk membaca
·         Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi –bunyi yang berlainan
·         Sel – sel otak telah mencapai berat otak orang dewasa


Aspek Perkembangan Mental ( Kognitif )
Peringkat
Umur
Aspek Perkembangan Mental
Bayi
0 – 2
·         Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dn gerak geri
Awal kanak – kanak
2 – 6
·         Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda
·         Boleh membentuk konsep mudah
·         Mempunyai imaginasi yang fantastic dalam dunia pura – pura
·         Mula boleh mnegelaskanobjek berdasarkan ciri – ciri amnya
Kanak – kanak
6 – 12
·         Menguasai konsep pengekalan tentang nombor,berat dan isipadu
·         Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubunganya dengan symbol bahasa.


Aspek Perkembangan Emosi Dan Sosial 
Peringkat
Umur
Aspek Perkembangan Emosi Dan Sosial
Bayi
0 – 2
·         Mempunyai rasa senang, gelisah dan selamat
·         Mula ada perasaan cemburu dan iri hati
Awal kanak – kanak
2 – 6
·         Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama
·         Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru
·         Perasaan cemburu semakin bertmbah
·         Suka bermain sendiri
·         Hanya suka bergaul dengan saudara yang sama usia
Kanak – kanak
6- 12
·         Mula sedar tentang perasaan yang lain
·         Emosi semakin stabil
·         Suka bergau dengan rakan sebaya
·         Suka bermain secara berpasukan


Aspek Perkembangan Bahasa
Peringkat
Umur
Aspek perkembangan bahasa
Bayi
0 – 2
·         Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang
·         Mengulaang – ulang bunyi yang sama
·         Meniru suku kata yang mudah
Awal kanak – kanak
2 – 6
·         Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah
·         Boleh menyatakan idea dengan meukis gambar
Kanak – kanak
6 – 12
·         Boleh menggunakan symbol bahasa dan menghubungkan objek
·         Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial


Ahli –ahli psikologi dan para pendidik telah menyelidik tentang tumbesaran
dan perkembangan manusia sejak dari abad ke – 19 dan mereka masih menemui penemuan – penemuan baru hingga ke hari ini.

Ahli Teori
Teori
Arnold Geselle (1880 – 1961)
Perkembangan berlaku sebagai urutan peringkat – peringkat yang diprogramkan secara genetic hasil daripada kematangan fisiologi
Sigmund Freud ( 1856 – 1939)
Perkembangan hasil daripada pengalaman awal dan pengarahan dalaman biologi ( libido) yang memotivasikan tindakan ( mesti dikawal untuk menjadi matang)
Erik H. Erikson ( 1902 – 1994)
Diperkembangkan daripada peringkat – peringkat perkembangan Freud tetapi termasuk semua peringkat hidup apabila manusia melalui lapan krisis perkembangan psiko sosial
Jean Piget ( 1896 – 1980)
Intelek berkembang secara berperigkat –peringkat ketika kanak – kanak meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran secara aktif.
Jerome Bruner ( 1915 – Sekarang)
Perkembangan manusia merupakan kombinasi kemahiran enaktif ( memanipulasi objek, kesedaran ruang), kemahiran ikonik ( pengecaman penglihatan, kebolehan membanding dan membeza) dan kemahiran simbolik ( pertimbangan/ penghujahan yang abstrak). Pengetahuan diperoleh dengan berkesan melalui penemuan sendiri.
B.F.Skinner ( 1904 – 1990)
Tindak balas untuk pengukuhan atau hukuman membentuk kelakuan
Albert Bandura ( 1925 – Sekarang)
Kanak – kanak belajar dengan memerhati dan meniru orang – orang dewasa
Lev Vygotsky ( 1896 – 1934)
Perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dengan individu yang lebih mahir dan cekap
Robert Havighurst ( 1900 – 1991)
Teori perkembangan tugas adalah berdasarkan penguasaan ke atas tugas – tugas yang kritikal pada umur – umur tertentu dalam sepanjang hayat seseorang individu
Lawrence Kohlberg ( 1927 – Sekarang)
Mengembangkan teori penghujahan moral menggunakan  cerita Dilema Heinz



Teori Jean Piget ( 1896 – 1980)
Piaget mengenal pasti 4 peringkat dalam perkembangan kognitif kanak – kanak, iaitu pada 0 – 24 bulan, 2 – 7 tahun , 7 – 11 tahun atau 12 tahun dan 12 tahun ke atas. Ini bermakna kanak – kanak tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan sehinggalah mereka mencapai sesuatu pada peringkat umur tertentu.
Piaget mendapati kanak – kanak membina pengetahuan baru dengan menggunakan struktur pengetahuan sedia ada yang membuat penyesuaian kepda pengalaman- pengalaman baru dan mengubahsuainya dengan sewajarnya. Kanak – kanak menyumbang secara aktif kepada tumbesaran minda mereka sendiri dengan menjadi pelajar yang mempunyai sikap ingin tahu yang menerokai sendiri persekitaran sekeliling.
            Kajian piaget telah mempengaruhi sistem pendidikan dengan ketara sekali. Skema penyusunan sukatan pelajaran dan kurikululum di kebanyakkan sekolah adalah berdasarkan peringkat – peringkat perkembangannya.

Peringkat
umur
Ciri - ciri

Motor – Deria

0 – 2 tahun
·         Boleh meniru dan mengingati benda – benda
·         Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya di sembunyikan
·         Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja)

Pra – Operasi

2 – 7 tahun
·         Mula mengguna bahasa secara sedikit demi sedikit
·         Boleh mula berfikir menggunakan bentuk – bentuk simbol

Operasi Konkrit

7 – 11 atau 12 tahun
·         Boleh menyelesaikan masalah – masalah yang konkrit
·         Boleh memahami konsep pemuliharaan
·         Boleh membuat pengkelasan / pengkategorian

Operasi Formal

11 atau 12 tahun ke atas
·         Boleh mnyelesaikan masalah yang abstrak
·         Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran
·         Merasa bimbang tentang isu- isu sosial dan persekitarannya



            Teori perkembangan kognitif piaget adalah mengenai proses – proses koginitif dan keupayaan sesorang individu berdasarkan tindakan – tindakan yang kemudian menjadi operasi mindanya. Proses adaptasi berlaku apabila sesorang itu mengasimilasikan dan menerap masuk ke dalam dirinya perlakuan – perlakuan dunia luar. Piaget memperkenalkan 4 konsep utama untuk menerangkan bagaiman seseorang individu mencapai perkembangan kognitif yang sempurna:

      i.        Skema merujuk kepada pengetahuan dan ilmu yang telah diperolehi melalui pengalaman – pengalaman kendiri yang mendefinisikan bagaimana seseorang individu harus berkelakuan di dalam persekitarannya. Ia merujuk kepada kategori – kategori pengetahuan yang membantu sesorang kanak – kanak memahami dunia ini. Apabila kanak – kanak menerima pengetahuan dan maklumat baru, mereka akan sentiasa mengubahsuai skema pengetahuna yang sedia ada.
    ii.        Asimilasi adalah proses mengambil maklumat baru dan memasukkannya ke dalam skema otak individu yang sedia ada. Individu mengasimilasikan maklumat – maklumat baru mengikut kepercayaan yang telah terbina dahulu yang akan mempengaruhi bagaimana maklumat – maklumat baru itu diterima masuk dan dipadankan dengan skema kognitif yang sedia ada.
   iii.        Akomodasi adalah proses pengubahsuaian skema yang sedia ada untuk menampung maklumat – maklumat baru yang member perspektif berbeza yang memerlukan perubahan besar dalam pemikiran seseorang. Kadang kala, ia menghasilkan satu skema baru yang berlainan daripada skema otak individu asal ada sebelum proses akomoasi berlaku.
   iv.        Perseimbangan merujuk kepada tahap ekulibrium yang dicapai oleh seseorang di antara proses asimilasi dan akomodasi. Mengikut piaget, ia adalah amat penting untuk mengekalkan keseimbangan di antara penggunaan pengetahuan lama dan pengubahsuaian kelakuan – kelakuan baru untuk mengakomodasikan pengetahuan baru.

Teori Arnold gesell ( 1880 – 1961)
      Kerja  kerja gesell amat mempengaruhi bagaimana kanak – kanak di besarkan dalam tahun – tahun 1940an dan 1950an. Beliau telah memerhati berats – ratus kanak – kanak di bawah keadaan terkawal dalam kajian beliau tentang kelakuan bayi dan kelakuan kanak – kanak. Teori beliau menyarankan bahawa kematangan kanak – kanak berlaku secara berperingkat – peringkat dan telah ditentukan terlebih dahulu dan dilaraskan sendiri.
      Mengikut gesell, perkembangan kanak – kanak amat dipengaruhi oleh kematangan yang berlaku secara urutan tertentu tetapi ia berbeza dari segi kadar perkembangan untuk setiap individu. Contohnya, seorang kanak – kanak membina kekuatan unutk merangkak dahulu sebelum belajar berjalan.

Peringkat
Umur
Ciri - Ciri
Awal
0 – 4 tahun
·         Satu masa perkembangan yang lancar
Masa peralihan
5 – 6 tahun
·         Sekolah, rakan , undang – undang, peraturan dan penyesuaian.
Masa peralihan lancer
7 – 10 tahun
·         Adaptasi dan penggabungan kea rah kehidupan sekolah
Masa perselihan
11 – 14 tahun
·         Kematangan dan konflik semasa remaja
Masa penggabungan
15 – 16 tahun
·         Persediaan menghadapi cabaran kedewasaan



Teori Robert Havighurst ( 1900 – 1991)
            Teori perkembangan tugas havighurst ialah satu konsep perkembangan manusia berdasarkan penguasaan ke atas tugasan – tugasan kebudayaan yang berkaitan dengan umur seseorang. Ia berdasarkan dua teori ynsg bertentangan :

      i.        Teori kebebasan menyatakan seseorang kanak – kanak itu belajar dengan lebih baik apabila ditinggalkan bersenderian untuk meneroka dan memperoleh pengetahuan baru.
    ii.        Teori paksaan menyatakan seseorang kanak – kanak itu mesti belajar untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab mengikut norma – norma yang ditetapkan oleh masyarakat.

Pencapaian tugas – tugas perkembangan terletak di antara kehendak  inividu dengan tuntutan masyrakat. Havigurst menegnal pasti tugasan – tugasan yang kritikal yang berlaku sepanjang hayat seorang individu. Dalam teori beliau, terdapat 3 kategori tugasan:

      i.        Kematangan fizikal merujuk kepada aksi – aksi berjalan, bercakap, akil baligh, tarikan seks antara lelaki dan perempuan serta kesan – kesan menopos
    ii.        Perkembangan peribadi merujuk kepada perkembangan keperibadian, nilai – nilai, pembinaan konsep diri dan harga diri, perolehan pengetahuan serta kemahiran untuk berjaya dalam kerjaya
   iii.        Keperluan masyarakat merujuk kepada proses membina tanggungjawab kepada masyarakat.

Mengetahui seseorang murid yang berumur tertentu itu sedang mengalami sesuatu peringkat tugasan zamannya itu akan membantu guru – guru memahami kelakuan murid tersebut dan membnatu membina satu persekitaran yang akan menolong kanak – kanak tersebut menguasai ciri – cirri perkembnagan dalam peringkat tugasan itu.

Peringkat
Umur
Tugasan Perkembangan

Bayi hingga awal zaman kanak – kanak

Lahir -  5 tahun
·         Belajar makan makanan pepejal dan berhubung melalui isyarat, simbol atau tanda
·         Mula berhubung melalui percakapan
·         Memahami tindakan – tindakan yang diterima (betul) dan tindakan – tindakan yang tidak diterima (salah)

Pertengahan zaman kanak – kanak

6 – 12 tahun
·         Belajar kemahiran – kemahiran fizikal untuk bermain
·         Membina sikap – sikap kehidupan yang positif
·         Belajar bersosial dengan kanak – kanak yang sebaya umur dengan mereka
·         Mula memahami peranan – peranan bermasyarakat
·         Membentuk konsep diri yang positif
·         Menjadi lebih berdikari
·         Membina kemahiran – kemahiran membaca , menulis dan mengira
·         Membina kesedaran nurani dan pertimbangan moral.

Remaja

13 – 18 tahun
·         Mengguna fungsi badan dan deria dengan berkesan
·         Belajar berdikari
·         Membina persahabatan yang matang dengan rakan – rakan
·         Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa
·         Dapat mengurus kewangan sendiri
·         Memperoleh  nilai – nilai dan kod etika untuk memandu kelakuan sendiri
·         Membina ideologi kendiri

Awal dewasa

19 – 29 tahun
·         Membuat pilihan – pilihan kerjaya yang bernas
·         Memulakan perhubungan intim
·         Bersedia untuk perkahwinan
·         Memulakan kehidupan rumah tangga dan pemeliharaan anak
·         Membnetuk kumpulan sosial tersendiri

Pertengahan dewasa

30 – 60 tahun
·         Membantu kanak – kanak membesar dan menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab
·         Belajar membenarkan keputusan dibuat oleh kanak – kanak
·         Pengukuhan dalam kerjaya yang diceburi
·         Bekerja secara bersendirian

Kematangan lewat

60 tahun ke atas
·         Fokuskan kepada pencapaian kerohanian
·         Bersedia untuk kehidupan persaraan
·         Membina kesedaran mengenai kesihatan kendiri
·         Perubahan kepada gaya hdup yang positif



Teori Erik Erikson ( 1902 – 1994)
            Erikson menyumbang kepada bidang perkembangan personaliti kanak – kanak, terutama sekali dalam krisis identiti remaja. Beliau menghubungkaitkan perkembangan personaliti dengan nilai – nilai keibubapaan dan kemayarakatan. Dalam setiap peringakat hidup, seseorang individu akan meneyelesaikan konflik – konflik yang timbul di antara perkembagan psikologinya dengan dunia sosialnya.
            Mengikut erikson, individu – individu berkembang menerusi membuka lipatan personality yang telah ditentukan oleh kejayaan atau kegagalan di peringkat yang sebelumnya.

Peringkat
Umur
Tugasan Perkembangan

Kepercayaan lawan kecurigaan 9 peringkat lisan – deria)

0 – 18 bulan
·         Membentuk pehubungan yang penuh kasih sayang dan kepercayaan
·         Membentuk perasaan yang dunia sosial di sekeliling adalah selamat apabila ibu bapa menunjukkan perhatian yang tekal, konsisten dan berkesinambungan
·         Membentuk perasaan kecurigaan apabila ibu bapa tidak diharap serta kemudahan rumah yang tidak cukup lengkap

Autonomi lawan ragu

18 bulan – 3 tahun
·         Membina kemahiran fizikal
·         Kanak – kanak akan berdikari jika dibenarkan meneroka dan memanipulasi persekitaran
·         Kanak – kanak belajar mengawal diri sendiri dan mungkin menjadi malu dan ragu jika orang dewasa di sekelilingnya tidak berinteraksi dengan mereka
·         degan baik.

Ikhtiar lawan rasa bersalah

3 – 6 tahun
·         Menjadi tegasbdan berdaya usaha serta mmiliki daya saing yang tinggi tetapi jika terlalu di desak, individu itu akan merasa bersalah

Berdaya usaha lawan rendah diri

6 - 12 tahun
·         Mencuba mempelajari kemahiran baru
·         Gagal mempelajari kemahiran barubakan membuatkan seseorang individu mempunyai harga diri yang rendah

Identiti lawan ego rendah

Remaja
·         Mesti membentuk perhubungan yang intim
·         Jikalau tidak Ia akan mempunyai konsep kendiri yang rendah

intim lawan bersendirian

Dewasa muda
  • Perlu membina hubungan yang rapat sebagai kwan atau kekasih
  • Benar – benar mengenal diri sendiri

Generaftif lawan stagnasi

Akhir 20an – 50 tahun
  • Memikirkan cara – cara untuk menghadapi cabaran generasi yang akan datang

Integriti lawan kecewa

50 tahun ke atas
  • Mempunyai perasaan menerima seseorang



Teori Lawrence Kohlberg (1927 – 1987)
            Kohlberg berfokus kepada peringkat – peringkat perkembangan moral dalam individu sebagai lanjutan daripada kajian piaget. Piaget juga mengkaji penaakulan moral.kajian beliau menunjukkan terdapat 2 peringkat iaitu sebelum 10 atau 11 tahun dan tahun – tahun selepasnya. Mengikut piaget, kanak – kanak kecil mengikut peraturan dengan sangkaan peraturan itu tetap dan tdak boleh di ubah. Semasa emaja, mereka mula mengetahui bahawa peraturan – peraturan boleh di ubah jika semua orang bersetuju kepada satu peratuan baru yang telah di ubahsuai.
            Kohberg memperkembangkan teorinya selepas beliau menemuduga kanak – kanak dan remaja. Eksperimen beliau yang terkenal berdasarkan cerita Dilema Heinz.. Kanak – kanak yang sama umur ditanya soalan – soalan yang sama mengenai dilema ini, dan mereka menjawab dengan memberi sebab musabab yang berlainan. Daripada respon – respon mereka, Kohlberg merumuskan bahawa terdapat 6 peringkat penaakulan moral yang meliputi hayat seseorang. Adalah sukar untuk menentukan kumpulan – umur tertentu bagi tiap – tiap peringkat moral kerana individu – individu berbeza dalam membuat penaakulan tentang pendedahan dan perkembangan moral masing – masing.


    

 Dilema Heinz
Di eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doctor mengesahkan bahawa terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya. Ubat itu telah dapat dicipta oleh seorang ahli farmasi yang tinggal di Bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut hanya $ 200.00 tetapi ahli farmasi kecil ubat itu dengan harga $ 2000.00.

Heinz, iaitu suami wanita tersebut cuba meminjam wang untuk membeli ubat itu tetapi beliau hanya dapat mengutip setengah daripada jumlah wang yang diperlukan walaupun telah meminta daripada semua orang yang dikenalinya.

Heinz berjumpa dengan ahli farmasi tersebut sekali lagi dan memberitahunya bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga yang murah sedikit, ataupun membenarkannya untuk membayar ubat itu pada satu masa depan kelak. Walau bagaimanapun ahli farmasi tersebut menjawab

“ tidak boleh! Saya telah lama berusaha untuk membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang maksima daripadanya.”

Jesteru itu, Heinz rasa berputus asa, lalu memecah masuk ke dalam farmasi tersebut dan mencuri ubat berkenaan untuk isterinya.

Adakah Heinz patut berbuat demikian?




Kohlberg 1963

  

Tahap

Peringkat


Tahap 1:
 pra moral adat kebiasaan

Peringkat 1:
Turut perintah, hukuman dan denda
  • Peraturan – peraturan adalah tetap dan tegas. Individu – individu mematahi peraturan – peraturan ini untuk mengelak hukuman atau denda

Peringkat 2
Individualisme
  • Memuaskan kehendak diri sendiri. Individu – individu mengadili sesuatu situasi berdasarkan bagaimana ia sesuai untuk kehendak diri sendiri.


Tahap2 :
 moral adat kebiasaan

Peringkat 3
Keakuran tuntutan masyarakat
  • Individu – individu memenuhi jangkaan dan peranan- peranan mereka perlu main dalam masyarakat

Peringkat 4
Peraturan dan undang – undang
  • Individu – individu memenuhi peraturan – peraturan dan undang – undang untuk kebaikan masyarakat


Tahap 3 :
 pos-moral adat kebiasaan

Peringkat 5
Kontrak soaial dan hak perseorangan
  • Individu – individu mengambil kira pendapat, pandangan dan kepercayaan orang lain. Semua orangpatut bersetuju kepada pertauran danpiawaian yang sama

Peringkat 6
Prinsip – prinsip etika yang universal
  • Individu – individu akan mematuhi prinsip – prinsip dan pengadilan yang dijiwai walaupun ia bertentangan dengan peraturan dan undang – undang tersebut







Implikasi Teori – Teori Perkembangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Cara Guru Membantu Murid Mencapai Perkembangan Yang Optimum

                 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada rancangan pengajaran guru berlandaskan kepada peringkat perkembangan murid. Sehubungan itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah bersesuaian dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan sosial murid.

Perkembangan Jasmani
a)  Menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja praktikal mengikut perkembangan fizikal murid
b)  Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan murid belum cukup matang meguruskannya.

Perkembangan Kognitif
a)  Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna
b)  Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep dengan tepat
c)  Bagi murid sekolah menengah, hubungkaitkan konsep konkrit dengan konsep abstrak
d)  Isi pelajarn hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut:
o   Daripada yang mudah kepada yang kompleks
o   Daripada yang umu kepada yang khusus
o   Daripada yang konkrit kepada yang abstrak
o   Daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman yang baru
o   Daripada persekitaran dekat yang pernah di alami kepada persekitaran jauh yang belum dialami.


Perkembangan Emosi Dan Rohani
a)  Memupuk emosi dan rohani murid yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.
b)  Mengawal dan mencegah tingkah laku murid dan perkembangan rohani tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat – peringkat tertentu
c)  Bersifat penyayang dan emmbantu murid mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu
d)  Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani murid, dan membimbing mereka menangani serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.

Perkembangan Sosial
a)  Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial
b)  Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara berkumpulan berdasarkan peringkat perkembangan murid
c)  Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid – murid dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama – sama.

                 Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain (kognitif ,afektif, psikomotor). Contohnya permainan melengkapkan “jigsaw puzzle”. Sewaktu permainan di mainkan murid akan berfikir sekaligus domain kognitif akan memberi rangsangan. Apabila murid mula menggunakan tangan untuk melengkapkan jigsaw puzzle, mereka telah menggunakan domain psikomotor. Akhir sekali domain afektif juga akan bertindak seperti memilki sifat sabar untuk menyelesaikan jigsaw puzzle tersebut.
                 Guru harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran,pengetahuan & kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Contoh nya aktiviti menyanyi. Pada waktu ini, murid akan meniru gaya nyanyian artis yang diminati. Guru akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada sehingga kebolehan untuk menyanyi menjadi bagus.Begitu juga RPH,guru harus merancang dengan baik dimana mestilah ikut turutan dari yang senang dahulu sebelum ke aktiviti yang susah
                 Guru menerima keadaan murid ini & menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka.Contohnya kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza. Guru harus mengasingkan muid supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu dan yang lambat tidak ketinggalan. Selain itu, guru juga perlu kerap mengajar secara individu dan tidak menolong murid semasa latihan. Ini supaya mereka berdikari dan benar- benar mahir akan sesuatu pelajaran.
                 Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid & meranca7-9p[ng aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya bertanya pada murid tentang pengalaman mereka melawat zoo.Murid yang pernah melawat zoo akan bercerita mengenai haiwan-haiwan yang mereka lihat. Maka,perkembangan pengalaman mereka akan bertambah dengan sendiri.






   
LAMPIRAN

1)    Buku Psikologi Pendidikan
     Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh
     Terbitan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

2)    Buku Psikologi Pendidikan
     Mok Soon Sang
     Terbitan : Penerbitan Multimedia

3)    Buku Perkembangan Kanak – Kanak
     Mok Soon Sang
     Terbitan : Penerbitan Multimedia

No comments:

Post a Comment