PERKEMBANGAN KENDIRI
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : GANESHINI NAIDU A/P KANAKAIY
NO I/C :820527-06-5606
OPSYEN :DPLI MT/PT
DEFINISI KONSEP KENDIRI
Dalam era globalisasi sains dan teknologi ini,kita sedang mengorak langkah dalam merealisasikan wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, setiap warga Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan setiap usaha yang diambil oleh kerajaan bagi meletakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Dalam konteks ini, bagi mencapai kejayaan yang tinggi, kita haruslah memiliki konsep kendiri yang baik. Kita patut meningkatkan mutu pelajaran kita, memperbaiki cara pergaulan kita dan juga memiliki cara percakapan yang baik. Malahan, kita juga harus mempunyai pemikiran yang positif, kritis dan juga kreatif.
Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri.Ia meliputi aspek jasmani dan juga psikologi.
Menurut Rogers pada tahun 1951, konsep kendiri ini terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaianya mengenai persepsi orang lain tentang dirinya. Menurut Harter pula pada tahun 1983, konsep kendiri adalah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak kanak. Beliau juga berpendapat bahawa kerjasama banyak pihak diperlukan supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.
Konsep kendiri sememangnya penting dalam menentukan prestasi diri kita. Tanggapan orang lain juga sangat penting terhadap diri kita.Konsep kendiri terdiri daripada tiga elemen yang penting. Elemen yang pertama adallah tanggapan kita terhadap diri kita sendiri. Elemen yang kedua pula ialah tanggapan orang lain terhadap diri kita. Manakala elemen yang ketiga pula ialah tanggapan kita terhadap persepsi orang lain terhadap diri kita.
ELEMEN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri boleh dibahagikan kepada tiga cabang yang utama. Elemen yang pertama dalam konsep kendiri adalah tanggapan kita terhadap diri kita sendiri. Persepsi kita terhadap diri kita sendiri amat mustahak kerana ia akan menentukan kejayaan kita dalam sebarang bidang yang kita ceburi. Antara tangggapan yang kita lzimnya memiliki terhadap diri kita adalah tentang rupa paras kita. Bagi mereka yang bertanggapan bahawa wajah mereka adalah cantik dan menarik, mereka akan senantiasa nampak ceria dan gembira. Ini adalah kerana faktor rupa paras mereka memberikan diri mereka motivasi yang tinggi.
Tetapi bagi mereka yang berfikir bahawa rupa paras mereka tidak cantik dan menarik, maka mereka akan kelihatan muram dan kurang gembira. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa diri mereka tidak secantik orang lain dan perkara ini akan merendahkan semangat mereka dalam kehidupan harian.
Di samping itu, terdapat juga beberapa tanggapan lain yang kita mungkin miliki terhadap diri kita. Kebolehan dan kelemahan diri kita,kesihatan fizikal dan juga tingkah laku kita adalah antara perkara-perkara tersebut.
Ramai di antara kita mempunyai persepsi yang berlainan tentang kebolehan dan juga kelemahan diri kita. Bagi mereka yang berasa bahawa diri mereka sangat berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi, maka mereka akan meraih kecemerlangan dalam kehidupan. Malahan apabila kita berasa bahawa diri kita tidak sihat seperti yang lain, maka tanggapan ini akan merendahkan semangat kita untuk bertanding dengan rakan-rakan kita dalam melakukan sesuatu kerja.
Ini menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju kita dalam kehidupan. Tanggapan yang positif akan membawa kita ke jalan yang penuh keceriaan manakala tanggapan yang negatif pula akan mengheret kita ke perjalanan yang kurang mesra dan gembira.
Antara penilaian orang lain terhadap diri kita adalah cara pergaulan kita, cara pertuturan kita dan juga budi bahasa kita. Dalam pergaulan dengan masyarakat dan juga komuniti, kita harus menjaga cara pergaulan kita. Ini adalah kerana sekiranya cara pergaulan kita dengan mereka tidak begitu mesra dan kurang sopan, maka tanggapan mereka terhadap diri kita kurang memuaskan.
Apabila orang di sekeliling kita mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadap diri kita, maka mereka akan cuba untuk berjauhan daripada kita. Ini akan menyebabkan kita kekurangan sahabat handai yang baik.
Malahan, tanggapan orang lain terhadap diri kita juga amat penting di mana kita akan cuba untuk memperbaiki diri kita dan ia akan memperkukuhkan persahabatan kita dengan mereka dan secara tidak langsung menimbulkan silaturahim yang baik.
Di samping itu, tanggapan orang lain juga terhadap diri kita akan memberi kita suatu peluang bagi mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Apabila kita mengenali diri dengan lebih baik, ia akan membantu kita untuk meneruskan apa yang sedang kita lakukan dengan betul dan juga memperbaiki mana yang tidak memberangsangkan.
Elemen ketiga dalam konsep kendiri pula adalah penilaian kita akan persepsi orang lain terhadap diri kita. Pada pendapat saya, elemen ini sangat penting.Ini adalah kerana kita boleh menjadi individu yang berfikiran optimistik andai kata kita mengambil secara positif akan persepsi orang lain terhadap diri kita. Ini adalah kelebihan elemen ini.
Sebagai seorang insan yang ingin memperbaiki diri kita adalah penting bagi kita berfikiran secara terbuka akan kritikan orang lain terhadap diri kita. Kita harus mengambil perkara yang memanfaatkan dan mengetepikan kritikan yang tidak diperlukan.
Sekiranya kita mempraktikkan cara ini, maka kita tidak akan berasa stress akan apa yang telah disebut oleh rakan taulan kita. Memandangkan perasaan stress ini tidak membantu kita dalam apa jua perkara, maka kita harus menjauhinya dengan senantiasa berpendapat positif akan kehidupan ini dan juga apa yang dikatakan oleh orang lain akan diri kita.
Persepsi orang lain yang baik terhadap diri kita akan membantu kita untuk terus melakukan apa yang sedang kita ceburi dengan bertungkus – lumus. Malahan, penilaian yang positif itu akan memberi kita peluang untuk bergembira dan juga menikmati kehidupan ini dengan sempurna.
ASPEK KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri terdiri daripada lima aspek. Aspek-aspek ini membantu kita untuk mengenali diri kita dengan lebih terperinci. Ini adalah kerana kita boleh menilai diri kita berdasarkan pada aspek yang memperlihatkan diri kita.
Aspek yang pertama dalam konsep kendiri adalah kendiri pendirian. Konsep kendiri pendirian bermaksud kebolehan seseorang untuk melihat mahupun merasa secara umum akan keselamatan atau bahaya, penerimaan atau penolakan dan juga percaya atau tidak percaya orang lain. Aspek kendiri ini membolehkan seseorang itu berdikari dan juga menilai baik buruk dalam kehidupannya.
Aspek yang kedua dalam konsep kendiri adalah identiti kendiri. Konsep kendiri ini bermaksud kebolehan seseorang untuk bergabung dengan orang lain dan juga terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi.Aspek ini penting di mana ia akan membolehkan kita untuk bergaul dengan orang dengan mengamalkan adab yang sepatutnya.
Aspek yang ketiga dalam konsep kendiri pula adalah perkembangan kendiri. Dalam aspek ini, kendiri adalah sebagai pelaksana,pelajar dan orang yang mengetahui yang diekspresikan sebagai kecemerlangan kendiri. Aspek ini membantu seseorang untuk memperkembangkan dirinya.
Aspek yang keempat dalam konsep kendiri adalah penghargaan kendiri. Di sini, aspek ini bermaksud pengesahan kendiri,pengiktirafan dan pengenalpastian impak daripada orang lain.
Aspek yang terakhir pula adalah imej kendiri. Imej kendiri bermaksud keadaan nilai sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri. Aspek ini berlaku di mana seseorang itu bertangggapan secara positif ataupun negatif yang membawa impak ke atas keadaannya kini dan juga sebelum ini.
Kesemua aspek tersebut amat penting bagi kita mengetahui diri kita dengan lebih baik.
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
Terdapat beberapa jenis konsep kendiri dalam perkembangan kendiri. Ia adalah konsep kendiri positif dan juga konsep kendiri negatif. Dengan mengenali kedua-dua jenis konsep kendiri ini kita akan mempelajari tentang impak berfikiran positif dan juga negatif dalam kehidupan ini.
Bagi mereka yang mempunyai konsep kendiri positif, mereka lazimnya akan menerima layanan dan perhatian yang baik.Mereka tidak mudah kalah dan mereka senantiasa bersifat optimistik. Sebab utama seseorang itu menerima semua yang baik dalam kehidupan mereka seperti yang tertera di atas adalah kerana mereka berfikiran positif. Ini bermaksud apa jua dugaan yang mereka harungi dan apa jua halangan yang mereka tempuhi, akan mereka lihat sebagai suatu percubaan dalam kehidupan mereka.
Individu-individu ini tidak akan menerima kekalahan dengan mudah. Mereka akan selalu menaruh harapan dalam apa yang dilakukan sunggupun implikasinya tidak seperti yang disangka. Oleh hal yang demikian, mereka akan menerima layanan yang baik dan juga disanjung tinggi oleh orang lain. Ini adalah kerana komuniti ini berasa kagum akan semangat individu terssebut dalam meraih kejayaan walaupun banyak kesusahan yang telah dihadapi.
Bagi mereka yang mempunyai konsep kendiri negatif, sering mengalami kegagalan. Mereka sering pasif dan juga kurang menerima kasih saying daripada ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sebagainya.
Disebabkan oleh pemikiran mereka yang sangat negatif dan sentiasa menerima setiap dugaan sebagai suatu beban, maka akan megalami kegagalan dalam kebanyakan perkara yang dilakukan. Ini adalah kerana mereka akan berasa sedih, stress dan kurang bersemangat apabila apa yang dilakukan oleh mereka tidak kesampaian dan juga tidak berlaku seperti yang dikehendaki.
Kendiri negatif juga akan menyebabkan seseorang itu selalu muram dan tidak suka bergaul dengan orang lain kerana asyik berfikir tentang masalah mereka.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI POSITIF
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif.Faktor yang pertama adalah sentiasa menerima ganjaran yang posittif. Ganjaran ini terdiri daripada pujian yang membina serta hadiah yang diterima sejak kecil lagi.
Apabila seseorang individu itu diberi pujian atas suatu perkara atau kejayaan yang telah diterima maka individu tersebut akan berusaha lagi untuk terus menerima pujian sebegini. Tambahan pula, pujian yang diterima itu akan membina pemikiran positif dalam sanubari individu tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila seseorang itu telah memenangi dalam sesuatu pertandingan, hadiah yang diterimanya itu juga merupakan pemangkin kepada kendiri positif.
Faktor kedua yang mempengaruhi konsep kendiri positif adalah mendapat layanan dan kasih sayang daripada keluarga. Kasih saying daripada ibu bapa dan juga adik-beradik amat penting bagi seseorang individu. Dengan adanya kasih saying dan juga layanan yang baik di antara ahli keluarga, maka apabila individu tersebut menghadapi apa jua masalah dia akan berkongsi dengan ahli keluarganya.
Ahli keluarga akan memberi motivasi dan juga jalan penyelesaian kepada masalahnya. Ini akan membina konsep kendiri yang positif dalam individu tersebut.
Faktor ketiga yang mempengaruhi konsep kendiri positif adalah keadaan dan juga persekitaran keluarga yang bahagia, gembira dan juga suasana yang tenang. Keluarga merupakan suatu institut yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran seorang individu.
Ini adalah kerana seseorang individu itu menghabiskan kebanyakan masa bersama keluarga. Apabila suasana di rumah tidak riuh-rendah dan sesuai untuk belajar, beriadah dan juga berehat maka ini akan membantu setiap individu untuk memiliki minda yang tenang juga.
Faktor yang seterusnya pula adalah mendapat pengiktirafan samada daripada keluarga, guru dan juga rakan-rakan. Pengiktirafan yang diterima daripada semua pihak di sekeliling kita amat penting. Manusia lebih cenderung mengulangi kejayaan yang dikecapi apabila diberi ganjaran, pujian dan juga diiktiraf sebgai seorang yang pandai, cerdik dan berkebolehan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEGATIF
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep kendiri negatif lazimnya membawa kekecewaan dan juga ketewasan kepada seseorang individu.
Faktor pertama yang mempengaruhi konsep kendiri negatif adalah lahir daripada keluarga yang kurang memberi belaian, kasih saying dan juga perhatian. Mereka yang lahir daripada keluarga sebegini lazimnya tidak mendapat perjatian yang diperlukan oleh seseorang individu tersebut. Oleh hal yang demikian, apabila individu tersebut menghadapi masalah, dia tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan akhirnya mendapat stress kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang ditempuhi.
Suasana keluarga yang kurang harmoni dan tidak gembira juga merupakan faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negative di kalangan kita. Apabila suasana keluarga tidak aman di mana ibu bapa sentiasa bergaduh maka seseorang individu tersebut akan menghadapi tekanan diri dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mahupun kerja yang sedang dilakukan.
Faktor yang seterusnya pula adalah kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain. Apabila seseorang individu tersebut bergaul dengan sahabat handainya yang berasal daripada keluarga yang kaya dan juga berada maka dia akan berasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan mereka. Ini adalah kerana dia membandingkan keadaan sosioekonomi keluarganya dengan mereka.
Faktor yang terakhir pula adalah aspek fizikal yang tidak sempurna. Seseorang yang mempunyai aspek fizikal yang kurang sempurna seperti kecacatan anggota badan, dia pada kebiasaanya akan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Ini adalah kerana dia berasa tidak sempurna kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa dan juga tidak dapat melakukan perkara yang boleh dilakukan oleh yang lain.
HELAH BELA DIRI
Helah bela diri merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia lazimnya menggunakan helah bela diri apabila berada dalam keadaan yang terancam. Terdapat beberapa strategi dalam helah bela diri.
Strategi yang pertama adalah penyangkalan.Penyangkalan boleh definisikan sebagai penafian atau penolakan tentang realiti. Contahnya, apabila seseorang menerima berita bahawa abangnya telah meninggal dunia, maka dia tidak akan menerima hakikat tersebut. Dia akan menafikan kejadian tersebut kerana terkejut dengan apa yang telah didengar dan diriya tidak dapat menerima berita yang sedia itu.
Strategi yang kedua pula ialah reaksi formasi. Reaksi formasi bermaksud mempertahankan diri daripada suatu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya, seseorang yang kerap melibatkan diri dalam gejala rasuah akan bercakap tentang gejala rasuah pada setiap masa.
Strategi yang ketiga pula adalah penyaluran. Strategi penyaluran bermaksud keadaan di mana seseorang individu melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya, kemarahan dan juga ketidakpuasan yang berlaku di tempat kerja akan ditunjukkan pada ahli keluarga di rumah.
Strategi yang seterusnya pula adalah rasionalisasi. Rasionalisasi bermaksud memberi alasan-alasan terhadap kegagalan yang berlaku dalam kehidupannya. Contohnya seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk ke kelas.
Strategi yang seterusnya adalah projeksi. Projeksi bermaksud membalikkan desakan dan juga keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya lalu meletakkan kesalahan pada orang lain. Contohnya apabila berlaku pertengkaran di antara dua pihak, maka satu pihak akan menyalahkan pihak yang kedua. Ini bermaksud pihak yang lain disalahkan sentiasa.
Represi merupakan strategi yang terakhir dalam helah bela diri. Represi bermaksud menyingkirkan semua pemikiran dan juga perasaan yang mengancam dari alam sekitar. Contohnya, perasaan marah dan juga kebincian yang tidak dapat dijelaskan dan juga dinyatakan.
PERSONALITI
Personaliti merupakan sahsiah,peribadi ataupun perwatakan seseorang. Dalam bahasa Latin, personaliti bermaksud pesona. Pesona membawa maksud topeng muka. Perkataan personaliti bersasal daripada bahasa Latin. Topeng muka ini digunakan oleh pelakon-pelakon Yunani pada zaman dahulu di atas pentas semasa belakon.
Menurut Mishel pada tahun 1968, personality merupkan pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing.
Pembentukan personaliti seseorang terdiri daripada beberapa faktor yang sangat penting. Antaranya ialah perangai, kecerdasan, sikap, sentiment, minat, kepercayaan cita-cita dan juga nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan kita.
Personaliti yang baik lahir akibat daripada persekitaran yang sangat positif dan juga kritikan positif yang kerap diterima daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga sanak saudara. Mereka yang mempunyai personality yang baik lazimnya disukai ramai. Ini adalah kerana perwatakan mereka yang tidak menyingung perasaan orang lain dan juga cara percakapan yang lemah lembut serta manis.
Personaliti yang kerang memuaskan pula timbul akibat daripada persekitaran yang sangat negatif, pergaulan dengan orang yang tidak memperlihatkan personaliti yang baik, keluarga yang kurang bahagia dan juga tingkah laku yang kurang baik yang diamalkan oleh ibi bapa di rumah. Ini menyebabkan individu tersebut juga memperlihatkan personality yang sama kerana tidak dapat membezakan yang baik dan buruk akibat daripada pergaulan dengan mereka yang mempunyai perwatakan yang tidak menyenangkan.
Oleh yang yang demikian, adalah penting bagi kita punyai personaliti yang baik agar disukai dan juga disenangi oleh ramai orang. Kita patut mengikuti sikap yang baik. Walaupun persekitaran kita tidak membantu kita dalam memiliki personaliti yang baik tetapi kita patut memotivasikan diri kita agar selalu berfikiran positif dan mengamailkan personaliti yang memberangdangkan.
Ini akan membantu kita dalam kerjaya kita kelak apabila kita terpaksa membentuk pertalian yang murni dan juga sihat di tempat kerja kita. Secara kesimpulanya, konsep kendiri merupakan suatu yang penting dalam kehidupan kita. Perkembangan kendiri yang positif membantu kita dalam merealisasikan matlamat dab juga motif kita dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment