Friday, 31 August 2012

PERKEMBANGAN KENDIRI: Oleh Ganeshini Naidu A/P Kanakaiy


PERKEMBANGAN KENDIRI
DISEDIAKAN OLEH: 
NAMA      : GANESHINI NAIDU A/P KANAKAIY
NO I/C      :820527-06-5606
OPSYEN :DPLI MT/PT


DEFINISI KONSEP KENDIRI

            Dalam era globalisasi sains dan teknologi ini,kita sedang mengorak langkah dalam merealisasikan wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, setiap warga Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan setiap usaha yang diambil oleh kerajaan bagi meletakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Dalam konteks ini, bagi mencapai kejayaan yang tinggi, kita haruslah memiliki konsep kendiri yang baik. Kita patut meningkatkan mutu pelajaran kita, memperbaiki cara pergaulan kita dan juga memiliki cara percakapan yang baik. Malahan, kita juga harus mempunyai pemikiran yang positif, kritis dan juga kreatif.
Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri.Ia meliputi aspek jasmani dan juga psikologi.
Menurut Rogers pada tahun 1951, konsep kendiri ini terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaianya mengenai persepsi orang lain tentang dirinya. Menurut Harter pula pada tahun 1983, konsep kendiri adalah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak kanak. Beliau juga berpendapat bahawa kerjasama banyak pihak diperlukan supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.
Konsep kendiri sememangnya penting dalam menentukan prestasi diri kita. Tanggapan orang lain juga sangat penting terhadap diri kita.Konsep kendiri terdiri daripada tiga elemen yang penting. Elemen yang pertama adallah tanggapan kita terhadap diri kita sendiri. Elemen yang kedua pula ialah tanggapan orang lain terhadap diri kita. Manakala elemen yang ketiga pula ialah tanggapan kita terhadap persepsi orang lain terhadap diri kita.
           

  
ELEMEN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri boleh dibahagikan kepada tiga cabang yang utama. Elemen yang pertama dalam konsep kendiri adalah tanggapan kita terhadap diri kita sendiri. Persepsi kita terhadap diri kita sendiri amat mustahak kerana ia akan menentukan kejayaan kita dalam sebarang bidang yang kita ceburi. Antara tangggapan yang kita lzimnya memiliki terhadap diri kita adalah tentang rupa paras kita. Bagi mereka yang bertanggapan bahawa wajah mereka adalah cantik dan menarik, mereka akan senantiasa nampak ceria dan gembira. Ini adalah kerana faktor rupa paras mereka memberikan diri mereka motivasi yang tinggi.
            Tetapi bagi mereka yang berfikir bahawa rupa paras mereka tidak cantik dan menarik, maka mereka akan kelihatan muram dan kurang gembira. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa diri mereka tidak secantik orang lain dan perkara ini akan merendahkan semangat mereka dalam kehidupan harian.
            Di samping itu, terdapat juga beberapa tanggapan lain yang kita mungkin miliki terhadap diri kita. Kebolehan dan kelemahan diri kita,kesihatan fizikal dan juga tingkah laku kita  adalah antara perkara-perkara tersebut.
            Ramai di antara kita mempunyai persepsi yang berlainan tentang kebolehan dan juga kelemahan diri kita. Bagi mereka yang berasa bahawa diri mereka sangat berkebolehan dalam semua bidang yang diceburi, maka mereka akan meraih kecemerlangan dalam kehidupan. Malahan apabila kita berasa bahawa diri kita tidak sihat seperti yang lain, maka tanggapan ini akan merendahkan semangat kita untuk bertanding dengan rakan-rakan kita dalam melakukan sesuatu kerja.
            Ini menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju kita dalam kehidupan. Tanggapan yang positif akan membawa kita ke jalan yang penuh keceriaan manakala tanggapan yang negatif pula akan mengheret kita ke perjalanan yang kurang mesra dan gembira.
           Elemen yang kedua dalam konsep kendiri adalah penilaian orang lain terhadap diri kita. Bagi membina konsep kendiri, penilaian orang lain terhadap diri kita amat penting. Ini adalah kerana ia akan membantu kita untuk memperbaiki kelemahan diri kita.
            Antara penilaian orang lain terhadap diri kita adalah cara pergaulan kita, cara pertuturan kita dan juga budi bahasa kita. Dalam pergaulan dengan masyarakat dan juga komuniti, kita harus menjaga cara pergaulan kita. Ini adalah kerana sekiranya cara pergaulan kita dengan mereka tidak begitu mesra dan kurang sopan, maka tanggapan mereka terhadap diri kita kurang memuaskan.
            Apabila orang di sekeliling kita mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadap diri kita, maka mereka akan cuba untuk berjauhan daripada kita. Ini akan menyebabkan kita kekurangan sahabat handai yang baik.
            Malahan, tanggapan orang lain terhadap diri kita juga amat penting di mana kita akan cuba untuk memperbaiki diri kita dan ia akan memperkukuhkan persahabatan kita dengan mereka dan secara tidak langsung menimbulkan silaturahim yang baik.
            Di samping itu, tanggapan orang lain juga terhadap diri kita akan memberi kita suatu peluang bagi mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Apabila kita mengenali diri dengan lebih baik, ia akan membantu kita untuk meneruskan apa yang sedang kita lakukan dengan betul dan juga memperbaiki mana yang tidak memberangsangkan.   
Elemen ketiga dalam konsep kendiri pula adalah penilaian kita akan persepsi orang lain  terhadap diri kita. Pada pendapat saya, elemen ini sangat penting.Ini adalah kerana kita boleh menjadi individu yang berfikiran optimistik andai kata kita mengambil secara positif akan persepsi orang lain terhadap diri kita. Ini adalah kelebihan elemen ini.
            Sebagai seorang insan yang ingin memperbaiki diri kita adalah penting bagi kita berfikiran secara terbuka akan kritikan orang lain terhadap diri kita. Kita harus mengambil perkara yang memanfaatkan dan mengetepikan kritikan yang tidak diperlukan.
            Sekiranya kita mempraktikkan cara ini, maka kita tidak akan berasa stress akan apa yang telah disebut oleh rakan taulan kita. Memandangkan perasaan stress ini tidak membantu kita dalam apa jua perkara, maka kita harus menjauhinya dengan senantiasa berpendapat positif akan kehidupan ini dan juga apa yang dikatakan oleh orang lain akan diri kita.
               Persepsi orang lain yang baik terhadap diri kita akan membantu kita untuk terus melakukan apa yang sedang kita ceburi dengan bertungkus – lumus. Malahan, penilaian yang positif itu akan memberi kita peluang untuk bergembira dan juga menikmati kehidupan ini dengan sempurna.



ASPEK KONSEP KENDIRI

            Konsep kendiri terdiri daripada lima aspek. Aspek-aspek ini membantu kita untuk mengenali diri kita dengan lebih terperinci. Ini adalah kerana kita boleh menilai diri kita berdasarkan pada aspek yang memperlihatkan diri kita.
            Aspek yang pertama dalam konsep kendiri adalah kendiri pendirian. Konsep kendiri pendirian bermaksud kebolehan seseorang untuk melihat mahupun merasa secara umum akan keselamatan atau bahaya, penerimaan atau penolakan dan juga percaya atau tidak percaya orang lain. Aspek kendiri ini membolehkan seseorang itu berdikari dan juga menilai baik buruk dalam kehidupannya.
            Aspek yang kedua dalam konsep kendiri adalah identiti kendiri. Konsep  kendiri ini bermaksud kebolehan seseorang untuk bergabung dengan orang lain dan juga terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi.Aspek ini penting di mana ia akan membolehkan kita untuk bergaul dengan orang dengan mengamalkan adab yang sepatutnya.
            Aspek yang ketiga dalam konsep kendiri pula adalah perkembangan kendiri. Dalam aspek ini, kendiri adalah sebagai pelaksana,pelajar dan orang yang mengetahui yang diekspresikan sebagai kecemerlangan kendiri. Aspek ini membantu seseorang untuk memperkembangkan dirinya.
            Aspek yang keempat dalam konsep kendiri adalah penghargaan kendiri. Di sini, aspek ini bermaksud pengesahan kendiri,pengiktirafan dan pengenalpastian impak daripada orang lain.
            Aspek yang terakhir pula adalah imej kendiri. Imej kendiri bermaksud keadaan nilai sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri. Aspek ini berlaku di mana seseorang itu bertangggapan secara positif ataupun negatif yang membawa impak ke atas keadaannya kini dan juga sebelum ini.
            Kesemua aspek tersebut amat penting bagi kita mengetahui diri kita dengan lebih baik.



JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

            Terdapat beberapa jenis konsep kendiri dalam perkembangan kendiri. Ia adalah konsep kendiri positif dan juga konsep kendiri negatif. Dengan mengenali kedua-dua jenis konsep kendiri ini kita akan mempelajari tentang impak berfikiran positif dan juga negatif dalam kehidupan ini.
            Bagi mereka yang mempunyai konsep kendiri positif, mereka lazimnya akan menerima layanan dan perhatian yang baik.Mereka tidak mudah kalah dan mereka senantiasa bersifat optimistik. Sebab utama seseorang itu menerima semua yang baik dalam kehidupan mereka seperti yang tertera di atas adalah kerana mereka berfikiran positif. Ini bermaksud apa jua dugaan yang mereka harungi dan apa jua halangan yang mereka tempuhi, akan mereka lihat sebagai suatu percubaan dalam kehidupan mereka.
            Individu-individu ini tidak akan menerima kekalahan dengan mudah. Mereka akan selalu menaruh harapan dalam apa yang dilakukan sunggupun implikasinya tidak seperti yang disangka. Oleh hal yang demikian, mereka akan menerima layanan yang baik dan juga disanjung tinggi oleh orang lain. Ini adalah kerana komuniti ini berasa kagum akan semangat individu terssebut dalam meraih kejayaan walaupun banyak kesusahan yang telah dihadapi.
             Bagi mereka yang mempunyai konsep kendiri negatif, sering mengalami kegagalan. Mereka sering pasif dan juga kurang menerima kasih saying daripada ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sebagainya.
            Disebabkan oleh pemikiran mereka yang sangat negatif dan sentiasa menerima setiap dugaan sebagai suatu beban, maka akan megalami kegagalan dalam kebanyakan perkara yang dilakukan. Ini adalah kerana mereka akan berasa sedih, stress dan kurang bersemangat apabila apa yang dilakukan oleh mereka tidak kesampaian dan juga tidak berlaku seperti yang dikehendaki.
            Kendiri negatif juga akan menyebabkan seseorang itu selalu muram dan tidak suka bergaul dengan orang lain kerana asyik berfikir tentang masalah mereka.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI POSITIF

            Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif.Faktor yang pertama adalah sentiasa menerima ganjaran yang posittif. Ganjaran ini terdiri daripada pujian yang membina serta hadiah yang diterima sejak kecil lagi.
            Apabila seseorang individu itu diberi pujian atas suatu perkara atau kejayaan yang telah diterima maka individu tersebut akan berusaha lagi untuk terus menerima pujian sebegini. Tambahan pula, pujian yang diterima itu akan membina pemikiran positif dalam sanubari individu tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila seseorang itu telah memenangi dalam sesuatu pertandingan, hadiah yang diterimanya itu juga merupakan pemangkin kepada kendiri positif.
            Faktor kedua yang mempengaruhi konsep kendiri positif adalah mendapat layanan dan kasih sayang daripada keluarga. Kasih saying daripada ibu bapa dan juga adik-beradik amat penting bagi seseorang individu. Dengan adanya kasih saying dan juga layanan yang baik di antara ahli keluarga, maka apabila individu tersebut menghadapi apa jua masalah dia akan berkongsi dengan ahli keluarganya.
            Ahli keluarga akan memberi motivasi dan juga jalan penyelesaian kepada masalahnya. Ini akan membina konsep kendiri yang positif dalam individu tersebut.
            Faktor ketiga yang mempengaruhi konsep kendiri positif adalah keadaan dan juga persekitaran keluarga yang bahagia, gembira dan juga suasana yang tenang.  Keluarga merupakan suatu institut yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran seorang individu.
            Ini adalah kerana seseorang individu itu menghabiskan kebanyakan masa bersama keluarga. Apabila suasana di rumah tidak riuh-rendah dan sesuai untuk belajar, beriadah dan juga berehat maka ini akan membantu setiap individu untuk memiliki minda yang tenang juga.
Faktor yang seterusnya pula adalah mendapat pengiktirafan samada daripada keluarga, guru dan juga rakan-rakan. Pengiktirafan yang diterima daripada semua pihak di sekeliling kita amat penting. Manusia lebih cenderung mengulangi kejayaan yang dikecapi apabila diberi ganjaran, pujian dan juga diiktiraf sebgai seorang yang pandai, cerdik dan berkebolehan. 



 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEGATIF

            Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep kendiri negatif lazimnya membawkekecewaan dan juga ketewasan kepada seseorang individu.
            Faktor pertama yang mempengaruhi konsep kendiri negatif adalah lahir daripada keluarga yang kurang memberi belaian, kasih saying dan juga perhatian. Mereka yang lahir daripada keluarga sebegini lazimnya tidak mendapat perjatian yang diperlukan oleh seseorang individu tersebut. Oleh hal yang demikian, apabila individu tersebut menghadapi masalah, dia tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan akhirnya mendapat stress kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang ditempuhi.
            Suasana keluarga yang kurang harmoni dan tidak gembira juga merupakan faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negative di kalangan kita. Apabila suasana keluarga tidak aman di mana ibu bapa sentiasa bergaduh maka seseorang individu tersebut akan menghadapi tekanan diri dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mahupun kerja yang sedang dilakukan.
            Faktor yang seterusnya pula adalah kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain. Apabila seseorang individu tersebut bergaul dengan sahabat handainya yang berasal daripada keluarga yang kaya dan juga berada maka dia akan berasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan mereka. Ini adalah kerana dia membandingkan keadaan sosioekonomi keluarganya dengan mereka.
            Faktor yang terakhir pula adalah aspek fizikal yang tidak sempurna. Seseorang yang mempunyai aspek fizikal yang kurang sempurna seperti kecacatan anggota badan, dia pada kebiasaanya akan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Ini adalah kerana dia berasa tidak sempurna kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa dan juga tidak dapat melakukan perkara yang boleh dilakukan oleh yang lain.



HELAH BELA DIRI
           
Helah bela diri merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia lazimnya menggunakan helah bela diri apabila berada dalam keadaan yang terancam. Terdapat beberapa strategi dalam helah bela diri.
            Strategi yang pertama adalah penyangkalan.Penyangkalan boleh definisikan sebagai penafian atau penolakan tentang realiti. Contahnya, apabila seseorang menerima berita bahawa abangnya telah meninggal dunia, maka dia tidak akan menerima hakikat tersebut. Dia akan menafikan kejadian tersebut kerana terkejut dengan apa yang telah didengar dan diriya tidak dapat menerima berita yang sedia itu.
            Strategi yang kedua pula ialah reaksi formasi. Reaksi formasi bermaksud mempertahankan diri daripada suatu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya, seseorang yang kerap melibatkan diri dalam gejala rasuah akan bercakap tentang gejala rasuah pada setiap masa.
            Strategi yang ketiga pula adalah penyaluran.  Strategi penyaluran bermaksud keadaan di mana seseorang individu melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya, kemarahan dan juga ketidakpuasan yang berlaku di tempat kerja akan ditunjukkan pada ahli keluarga di rumah.
            Strategi yang seterusnya pula adalah rasionalisasi. Rasionalisasi bermaksud memberi alasan-alasan terhadap kegagalan yang berlaku dalam kehidupannya. Contohnya seorang murid yang gagal dalam peperiksaan akan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk ke kelas. 
            Strategi yang seterusnya adalah projeksi. Projeksi bermaksud membalikkan desakan dan juga keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya lalu meletakkan kesalahan pada orang lain. Contohnya apabila berlaku pertengkaran di antara dua pihak, maka satu pihak akan menyalahkan pihak yang kedua. Ini bermaksud pihak yang lain disalahkan sentiasa.
            Represi merupakan strategi yang terakhir dalam helah bela diri.  Represi bermaksud menyingkirkan semua pemikiran dan juga perasaan yang mengancam dari alam sekitar. Contohnya, perasaan marah dan juga kebincian yang tidak dapat dijelaskan dan juga dinyatakan.


PERSONALITI
           
            Personaliti merupakan sahsiah,peribadi ataupun perwatakan seseorang. Dalam bahasa Latin, personaliti bermaksud pesona. Pesona membawa maksud topeng muka. Perkataan personaliti bersasal daripada bahasa Latin. Topeng muka ini digunakan oleh pelakon-pelakon Yunani pada zaman dahulu di atas pentas semasa belakon.
            Menurut Mishel pada tahun 1968, personality merupkan pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. 
Pembentukan personaliti seseorang terdiri daripada beberapa faktor yang sangat penting. Antaranya ialah perangai, kecerdasan, sikap, sentiment, minat, kepercayaan cita-cita dan juga nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan kita.
            Personaliti yang baik lahir akibat daripada persekitaran yang sangat positif dan juga kritikan positif yang kerap diterima daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga sanak saudara. Mereka yang mempunyai personality yang baik lazimnya disukai ramai. Ini adalah kerana perwatakan mereka yang tidak menyingung perasaan orang lain dan juga cara percakapan yang lemah lembut serta manis.
            Personaliti yang kerang memuaskan pula timbul akibat daripada persekitaran yang sangat negatif, pergaulan dengan orang yang tidak memperlihatkan personaliti yang baik, keluarga yang kurang bahagia dan juga tingkah laku yang kurang baik yang diamalkan oleh ibi bapa di rumah. Ini menyebabkan individu tersebut juga memperlihatkan personality yang sama kerana tidak dapat membezakan yang baik dan buruk akibat daripada pergaulan dengan mereka yang mempunyai perwatakan yang tidak menyenangkan.
        Oleh yang yang demikian, adalah penting bagi kita punyai personaliti yang baik agar disukai dan juga disenangi oleh ramai orang. Kita patut mengikuti sikap yang baik. Walaupun persekitaran kita tidak membantu kita dalam memiliki personaliti yang baik tetapi kita patut memotivasikan diri kita agar selalu berfikiran positif dan mengamailkan personaliti yang memberangdangkan.
 Ini akan membantu kita dalam kerjaya kita kelak apabila kita terpaksa membentuk pertalian yang murni dan juga sihat di tempat kerja kita. Secara kesimpulanya, konsep kendiri merupakan suatu yang penting dalam kehidupan kita. Perkembangan kendiri yang positif membantu kita dalam merealisasikan matlamat dab juga motif kita dalam kehidupan ini.

Thursday, 30 August 2012

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN KESEDIAAN BELAJAR


TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN KESEDIAAN BELAJAR
OLEH:
MOHD AZMAN BIN MOHD IDROS
DPLI MT/PM 2012
EDC 2203 - PSIKOLOGI PENDIDIKAN



1.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1.1 DEFINISI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstruktivisme? Istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.

Rajah 1.1.1 : Murid membina pengetahuan sendiri

Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996;Jones et al, 1993). Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert adalah antara tokoh-tokoh mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakar pendidikan. Menurut teori konstuktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi.
            Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru dan kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.


1.2 PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Terdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktivis yang kita mesti ingat apabila kita mempertimbangkan peranan kita sebagai pendidik. Kesemua idea berikut adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa pembelajaran terdiri seseorang individu itu sendiri membina makna dan kemudiannya bagaimana mereka mempengaruhi pengetahuan sedia ada masing-masing.



Rajah 1.2.1 : Kanak-kanak menggunakan deria sentuhan

Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar..
            Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang sama.



Rajah 1.2.2 : Aktiviti hands-on

            Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).
            Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik telah mendapati bahawa individu bercakap kepada diri mereka semasa belajar. Pada peringkat yang lebih umum, Vigotsky menegaskan bahawa bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan. Perkara ini jelas ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses pembelajaran.
             Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajariSebaliknya, pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.
            Pembelajaran  juga adalah kontekstual, bermaksud kita belajar dalam hubungan apa lagi yang kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi jelas bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan sosial. Kita tidak boleh mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian.
            Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengajar mesti dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada.
            Prinsip yang kelapan pula adalah  mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa, pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk pembelajaran yang signifikan, kita perlu melewati semula idea, cuba untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran. 
            Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah penting untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa", kita tidak boleh sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan dalam diri kita. Walaupun dengan pengajaran paling teruk dan langsung. 

1.3 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru.
            Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu, pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas.
            Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid.
            Teori konstruktivis tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat ; sebaliknya, penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.

1.4 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME MENURUT TOKOH-TOKOH UTAMA

Jean Piaget  menyatakan pembentukan struktur mental melalui skema, asimilasi dan akomodasi. Konsep dasar organisasi dan adaptasi proses intelek mengikut ke Piaget, iaitu: skema yang dilihat dilihat sebagai sekumpulan konsep, asimilasi pula merupakan peristiwa padanan maklumat baru dengan maklumat lama yang telah berlaku terhadap seseorang dan sementara itu  akomodasi adalah sesuatu yang berlaku apabila maklumat baru dan maklumat lama kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan diselaraskan dengan maklumat lama. Keseimbangan akan dicapai apabila pelajar mengiktiraf maklumat baru.
            Menurut Jerome Bruner, pembelajaran melalui penemuan ; pembentukan konsep. Pembelajaran secaraa penemuan adalah berasaskan penyelidikan, teori pembelajaran konstruktivis yang berlaku dalam menyelesaikan masalah situasi di mana pelajar menggunakan pengalaman yang sedia dan pengetahuan sedia ada untuk mengetahui fakta dan hubungan dan kebenaran baru yang perlu dipelajari.


Rajah 1.4.1 : Kanak-kanak meneroka

            Pelajar berinteraksi dengan dunia dengan meneroka dan memanipulasi objek, bergelut dengan soalan dan kontroversi, atau melaksanakan eksperimen. Hasilnya, pelajar mungkin lebih cenderung untuk mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui pada mereka sendiri (dalam berbeza dengan model penghapusan). Model yang berdasarkan model pembelajaran penemuan termasuk: penemuan berpandu, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan simulasi, pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran sampingan, antara lain.
            Seterusnya, Lev Vygotsky mengilhamkan bahawa Zon Perkembangan Proksimal berkaitan dengan pendekatan sosio-budaya. Pembinaan pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan sosial di sekitarnya. Pengetahuan, sikap, pemikiran, sistem nilai yang dimilki pelajar akan berkembang melalui proses interaksi. Konsep penting dalam teori Vygosky iaitu Zone of Proximal Development (ZPD) dan Scaffolding.


Rajah 1.4.2 : Teori Vygotsky : Zon Perkembangan Proksimal

ZPD adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan yang berpotensi di mana pelajar mampu mengkonstruksikan pengetahuan di bawah bimbingan orang dewasa. Sementara Scaffolding Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan pelajar kesempatan untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya (Slavin, 1997).  Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah.  Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar berdikari.
            Kostrukstivisme sosial Vygosky meyakini bahawa interaksi sosial, unsur budaya, dan aktiviti-aktiviti yang membentuk pembangunan dan pembelajaran individu. Vygosky menekankan bahawa semua mental peringkat tinggi seperti berfikir dan menyelesaikan masalah didorongi dengan alat-alat psikologi seperti bahasa, lambang dan simbol. Vygosky dalam penelitiannya membezakan dua macam konsep iaitu konsep spontan dan konsep saintifik. Konsep spontan diperolehi dari pengetahuan harian, sedangkan konsep saintifik diperolehi dari pengetahuan dan pembelajaran yang diperoleh dari sekolah. konsep ini saling berhungan antara satu dengan yang lain.
            Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa     pendidikan progresif adalah pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada refleksi mengenai pengalaman seseorang, semasa berusaha untuk membuat sesuatu. Seseorang boleh terus menghidu bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi mendalam (contohnya, bahaya), tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan, atau keliru. Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia ini berubah supaya perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh.
            Dewey percaya bahawa manusia mempunyai aliran intelektual, yang berkembang apabila dicabar oleh masalah atau dilema. Peranan pendidikan bukanlah untuk memenuhi sepenuhnya kecenderungan pelajar dan tidak cuba untuk memaksa kanak-kanak mengikuti kurikulum tersedia yang tidak mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak-kanak sebagai fleksibel, luas, dan tidak terbentuk.


Rajah 1.4.3 : Pengunaan peralatan sains

Persekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey harus menyediakan mencukupi "masa, bercakap, dan alat." Pelajar dicabar melalui pertanyaan, perbincangan, cadangan, dan galakan daripada ibu bapa, guru, dan rakan-rakan. Alat, seperti mikroskop dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan notasi yang digunakan oleh komposer dan pemuzik, boleh membuat pertanyaan dan penyiasatan pelajar di dunia bahkan lebih menarik dan berkuasa.




Rajah 1.4.4 : Penggunaan komputer dalam pengajaran

            Penggunaan teknologi untuk membina dan menghasilkan idea-idea baru  merupakan idea dari tokoh bernama Seymour Papert. Pengajaran berasaskan komputer untuk kanak-kanak telah membawa kepada penggunaan meluas komputer dan teknologi maklumat dalam persekitaran konstruktivis.

1.5 IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH

Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid-murid.Sebaliknya, murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut.



Rajah 1.5.1 : Membina makna dan berinteraksi

            Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu.


Rajah 1.5.2 : Penyediaan bahan bantu mengajar matematik

            Seterusnya, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.
            Selain itu, murid-murid perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.
            Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik di aplikasikan secara aktif. Apabila seorang murid  menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisinya sebelum menerima atau menolaknya.



1.7 KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVIS

Terdapat beberapa kelemahan teori pembelajaran konstruktivis ini. Kelemahan yang pertama, pelajar mengkonstruksi pengetahuannya sendiri, kemungkinan bahawa hasil pembinaan pelajar tidak sesuai dengan hasil pembinaan sesuai dengan kaedah ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan salah faham.
             Konstruktivisme menerapkan agar pelajar membina pengetahuannya sendiri, hal ini pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar memerlukan layanan dan keperluan yang berbeza-beza. Pelajar pintar akan dapat mengikuti plajaran, sementara pelajar lemah mungkin akan terus ketinggalan.
            Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur yang dapat membantu keaktifan dan kreativiti pelajar. Kelebihan kepada sekolah bandar berbanding luar bandar, mungkin wujud jurang perbezaan dari segi pencapaian  murid.
            Walaupun guru hanya menjadi motivasi dan penunjuk hala tuju proses belajar, tetapi guuru juga mempunyai kelakuan yang elegan dan arif sebagai semangat pendorong bagi kanak-kanak sehingga diperlukan pengajaran menerapkan nilai-nilai kemanusiaan.


2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Antara ialah kesediaan belajar, pengamatan persepsi, pembentukan konsep, ingatan dan lupaan dan juga pemindahan pembelajaran. Namun, bahagian ini hanya akan membincangkan mengenai kesediaan belajar sahaja.



2.1 KESEDIAAN BELAJAR

2.1.1 DEFINISI KESEDIAAN BELAJAR



Rajah 2.1.1.1 : Kesediaan belajar.

Kesediaan belajar merupakan keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat dari persekitaran dengan fikiran terbuka. Murid-murid harus berada dalam keadaan yang tenang dan selamat  bagi menjadikan murid bersedia untuk belajar dengan optima.
            Guru perlu menilai kesediaan murid dan meneliti tahap pencapaian ataupun peenerimaan murid terhadap pembelajaran yang sudah dijalankan sebelum memulakan pengajaran di bilik darjah. Ini berfungsi untuk memastikan pengajaran yang akan dimulakan adalah lebih efektif.

2.1.2 JENIS-JENIS KESEDIAAN BELAJAR

Terdapat tiga jenis kesediaan belajar, yang pertama ialah kesediaan kognitif. Kesediaan kognitif melibat keadaan mental murid-murid untuk memahami, berfikir dan menaakul sesuatu persekitaran pembelajaran baru. Ini boleh dicapai dengan menggalakkan aktiviti mental seperti menyiasat, mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah (Rajah 2.1.2.1).
            Kesediaan belajar yang seterusnya, kesediaan afektif. Hal ini berkaitrapat dengan emosi atau perasaan seseorang bagi menyerlahkan potensi individu tersebut. Jika murid berada dalam keadaan relaks dan tidak tegang, penerimaan terhadap pengajaran adalah lebih berkesan. Jika emosi murid adalah sebaliknya, murid akan sukar menerima isi pelajaran yang diajar oleh guru. Perkara ini juga boleh dikatkan dengan sikap, rasa ingin tahu, kerajinan, minat dan nilai kemanusiaan dalam diri murid itu sendiri (Rajah 2.1.2.2).
            Jenis kesediaan belajar yang terakhir pula adalah kesediaan psikomotor fizikal. Kemahiran manipulasi, pergerakan atau kinestetik motor kasar seperti berlari dan juga motor halus gerakan jari terbabit dalam aspek ini. Kebiasaannya, perkara ini bergantung pada umur dan kematangan individu, aktiviti – aktiviti seperti pendidikan jasmani, seni lukis dan kraftangan boleh menampakkan lagi perbezaan ini(Rajah 2.1.2.3).


 

Rajah 2.1.2.1 : Mengumpul maklumat dan menyelesaikan




Rajah 2.1.2.2 : Berada dalam keadaan tenang



Rajah 2.1.2.3 : Pelajar menghasilkan Kad Raya

2.1.3 FAKTOR-FAKTOR KESEDIAAN BELAJAR

Kesediaan belajar terhasil dengan mengambilkira beberapa faktor yang mempengaruhi murid-murid. Antara faktor-faktor yang membina kesediaan belajar ialah kematangan, pengalaman, sikap positif murid, minat dan perbezaan individu.
            Kematangan adalah perubahan-perubahan yang berlaku dalam tubuh badan manusia individu secara semulajadi hasil daripada perubahan fizikal dan biologi merupakan faktor kesediaan belajar. Terdapat beberapa kategori kematangan, iaitu fizikal, sosial, intelek dan juga emosi.
            Kematangan fizikal ialah tumbesaran yang berlaku pada individu sehingga berumur 21 tahun, contohnya seperti ketinggian dan otot-otot. Kita boleh menilai kematangan fizikal melalui kemahiran seperti manipulasi peralatan sukan, alat muzik, alat geometri dan sebagainya. Kematangan sosial pula merupakan kebolehan murid-murid berinteraksi dan berkerjasama dengan individu-individu dan masyarakat seperti dengan rakan sekelas. Kebolehan interpersonal ini memudahkan murid berkongsi idea dan pemikiran secara fasih dan lancar kepada orang di sekelilinginya. Seterusnya, kematangan intelek, iaitu mengenai tahap perkembangan otak untuk menerima sesuatu pembelajaran. Secara ringkasnya, pelajar yang lemah perlu dibimbing melalui pemulihan, manakala yang pintar dikembangkan lagi dengan aktiviti pengayaan. Kematangan emosi  pula meliputi kestabilan perasaan murid-murid yang merujuk kepada minat, keinginan dan jugga kepuasan. Ransangan yang bersesuaian dan nilai kasih sayang perlu diamalkan guru.
            Pengalaman-pengalaman yang disusun rapi dalam pembelajaran juga salah satu faktor kesediaan belajar. Hal ini akan mempengaruhi kadar menyerap sesuatu isi pelajaran. Pengalaman lalu akan menimbulkan motivasi tinggi murid-murid untuk menerokai permasalahan yang dihadapi dalam pembelajaran kerana murid ini akan lebih bersedia.
            Sikap positif murid juga mempengaruhi kesediaan belajar murid-murid. Sikap positif dan semangat mendadak untu belajar akan membantu murid yang lemah untuk meningkatkan pencapaian. Minat juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesediaan belajar. Minat terhadap permainan catur dan pada masa yang sama memiliki kematangan intelek yang tinggi, murid ini pasti akan mencapai kejayaan dalam pertandingan catur. Perbezaan individu merupakan pengaruh besar dalam kesediaan belajar. Setiap murid adalah unik dan memiliki potensi serta keupayaan yang berbeza dari aspek-aspek kognitif dan fizikal, ini member kesan perbezaan terhadap kesediaan pembelajaran mereka.  

2.1.4 CARA-CARA MENINGKATKAN KESEDIAAN BELAJAR

Terdapat pelbagai cara boleh dijalankan untuk meningkatkan kesediaan belajar murid-murid.  cara yang paling utama ialah kaedah pengajaran yang melibatkan aktiviti seperti berpasangan dan kumpulan serta pemilihan alat bahan mengajar yang sesuai dengan pembelajaran.




Rajah 2.1.4.1: Bahan bantu mengajar matematik

            Cara kedua, memadankan pembelajaraan dengan keperluan murid, iaitu bahan serta aktiviti yang menyeronokkan dan mesimulasikan pemikiran murid harus dilaksanakan.
            Di samping itu, pemeringkatan isi kandungan pelajaran juga penting untuk melancarkan pembelajaran. Guru harus mengamalkan pengajaran sistematik dan efektif dengan menyusun urut pengajaran mengikut tahap kesukaran dari mudah ke kompleks.
            Pemulihan serta pengayaan boleh dilaksanakan terhadap murid-murid yang lemah dan murid-murid yang pintar. Guru boleh menyoal soalan yang mudah kepada murid-murid lemah agar mereka termotivasi, manakala aktiviti yang lebih mencabar diberikan kepada murid-murid. Hal ini menjadikan guru mesti mengasingkan murid-murid cerdik dan kurang cerdik.
            Akhir sekali ialah pengagihan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah. Perkara ini membolehkan murid-murid memilih sendiri rakan-rakan mereka untuk sesuatu aktiviti pembelajaran supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Contohnya penyelesaian masalah matematik secara berasangan. Hal ini meingkatkan kesediaan emosi yang tidak suka bekerja sendirian.


3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivisme dan kesediaan belajar yang menjadi salah satu faktor pembelajaran telahpun disoroti. Teori konstruktivis amat menekankan pembelajaran aktif dan dinamik serta murid-murid sendiri akan berusaha sendiri untuk apa yang meraka ingin belajar berdasarkan refleksi pengetahuan sedia ada dengan persekitaran baharu pembelajaran. Guru perlu menyedia, merancang dan melaksanakan pengajaran yang boleh membina pengetahuan murid-murid dengan pelbagai alat bantu mengajar untuk ransang murid-murid.
            Manakala, kesediaan belajar pula meliputi banyak aspek dari segi latar belakang murid-murid itu sendiri dan selebihan faktor luaran mereka. Pendidikan yang berjaya mengatasi kesediaan haruslah mempunyai ciri-ciri komprehensif dan fleksibel supaya dapat membina keyakinan murid-murid dalam proses pembelajaran.





4.0 RUJUKAN

1.    Abdul Ghani et. al.(2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
2.    Bruner, J. (1996). The Culture of Education. A difficult, but interesting book on Bruner's views of the role of narrative and culture in education. Cambridge: Harvard University.
3.    R.K.J. Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
4.    R.K.J Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
5.    Rahil Mahyuddin et. al.(2007). Psikologi Pendididkan Untuk Perguruan. Edisi ke-2. Shah Alam : Karisma Pub. Sdn. Bhd.
6.    Constructivism. Dicapai pada 27 Ogos 2012 daripada : http://www.education.com/reference/article/constructivism/
7.    Constructivist Learning Theory. Dicapai pada 27 Ogos 2012 daripada : http://www.exploratorium.edu/IFI/resources/research/constructivistlearning.html
8.    Experience-Based Learning Theories. Dicapai pada 28 Ogos 2012 daripada : http://www.informallearning.com/archive/1999-0304-a.htm
9.    Teori pembelajaran konstruktivisme. Dicapai pada 27 Ogos 2012 daripada : http://surianto200477.wordpress.com/2009/09/17/teori-pembelajaran-konstruktivisme/
10. Teori Konstruktivisme Dalam Pembelajaran. Dicapai pada 28 Ogos 2012 daripada : http://smpn1gumukmas01.blogspot.com/2010/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
11. Teori-Teori Belajar (Piaget, Bruner, Vygotsky). Dicapai pada 30 Ogos 2012 daripada : http://herdy07.wordpress.com/2010/05/27/teori-teori-belajar-piaget-bruner-vygotsky/
12. Teori Belajar Menurut Konstruktivisme Dan Landasan Filosofinya. Dicapai pada 30 Ogos 2012 daripada : http://wahyushine.blogspot.com/2012/06/v-behaviorurldefaultvmlo.html
13. What is the history of constructivism, and how has it changed over time?. Dicapai pada 29 Ogos daripada : http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/constructivism/index_sub4.html