FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMBELAJARAN
Oleh,
AZIZUL BIN ABDUL AZIZ
AZIZUL BIN ABDUL AZIZ
DPLI-SR MT/PM 2012 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
1.1
PRESEPSI DAN PENANGGAPAN
1.1.1 PENGERTIAN PENGAMATAN DAN PERSEPSI
Pengamatan ialah
proses yang membawa kepada kesedaran manusia terhadap benda atau objek, kualiti
atau pertalian yang berlaku melalui deria. Walaupun sifat-sifat objek yang
diamati itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya, pentafsiran orang
yang mengamatinya dipengeruhi oleh
pengalaman lampaunya, ini
menyebabkan proses pengamatan itu bukan semata-mata merakamkan secara
pasif apa yang sedang dialami oleh deria itu (Hilgard, Atkinson dan Arkinson). Dalam
kata lain juga pengamatan ialah “ Penganalisisan perasaan secara dalaman yang
dilakukan oleh otak atau mental (D Chris dalam Psychology and The Teacher).
Rajah 1.0 menunjukakan lima deria
yang terlibat dalam proses pengamatan terdiri daripada penglihatan,
pendengaran, bau, rasa dan sentuhan.
Rajah 1.0 :
Deria yang digunakan dalam proses pengamatan
Persepsi atau tanggapan pula ialah sifat-sifat atau
pertalian yang umum bagi sesuatu kelompok objek atau idea. Konsep boleh merujuk
kepada perkara maujud atau konkrit misalnya konsep mengenai “ anjing Poodle”
merujuk kepada suatu jenis kumpulan anjing, atau mengenal idea mujarrad atau
abstrak (misalnya keadilan, kesamaan hak, nombor) yang menonjolkan idea
mengenai tertalian yang umum bagi objek atau idea yang berlainan (Hilgard dan
Rakan-rakan dalam Introduction to Psychology).
1.1.2 PROSES PENGAMATAN
Pengamatan
melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat
tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan
sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau,
kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan
proses kognitif.
Umpamanya dalam proses melihat,
cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di
retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak
mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu,
misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun “dilihat”.
Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak)
yang memproses maklumat.
Perkara yang menganggu proses
pengamatan antaranya adalah seperti gangguan emosi (terfikir perkara-perkara
lain dan hilang tumpuan), keadaan kesihatan seseorang atau penyakit yang
dihidapi, kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.
1.1.3 JENIS PENGAMATAN
Proses
pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran.
Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang
berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku
secara berbeza.
Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata
hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah
anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan ‘apa yang
dapat dilihat dengan mata’. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan
pancaindera manusia. Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama iaitu Pengamatan Auditori, pengamatan Visual dan pengamatan
Kinestetik-Tactile.
1.1.4 SIFAT PENGAMATAN
Pengamatan
mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat utama. Sifat-sifat ini berkaitan rapat
dengan fenomena dan sensitiviti.
Sifat yang pertama ialah pengamatan sering berubah-ubah bergantung
kepada perubahan keadaan sekitaran. Pengamatan berkadar terus dengan
perubahan masa. Masa bererti jam, hari, minggu, tahun dan abad. Apa yang kita
lihat sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang mungkin sudah
ketinggalan. Model-model kereta Mercedes Benz pada masa ini contohnya, akan
hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun 2103). Namun
pengamatan tidak berubah dalam semua situasi. Situasi yang berkaitan dengan agama
dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun masa berubah.
Sifat yang kedua pula ialah pengamatan bersifat personal. Pengamatan
memang bersifat personal, justeru itu, sesuai dengan sifat ‘kelainan ragam’ manusia
itu sendiri ia sangat mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa tentang
makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B, C, D, E, F dan sebagainya. Faktor
personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi hasil daripada
pengamatannya.
Sifat yang ketiga pula ialah pengamatan berkesinambungan. Pengamatan
bersambung-sambung dan ia mengambil tempoh yang lama. Misalnya pengamatan kita
terhadap dadah boleh diumpamakan sebagai ‘najis’. Maka sampai bila pun, kita
akan terus melabelkan (mental set) dadah itu sebagai ‘najis’ yang jijik dan menjijikkan.
Sifat keempat ialah pengamatan amat selektif. Manusia
itu sendiri sifatnya memilih. Justeru itu, pengamatan juga akan hanya memilih
apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat
itu merupakan entiti penting dalam sesuatu komponen, tetapi jika kita merasakan
ia tidak bertepatan dengan kita, maka kita akan menolaknya.
1.1.5 ORGANISASI PENGAMATAN BEDASARKAN GESTALT
Konsep
pengamatan telah dikaji secara mendalam oleh ahli psikologi Gestalt. Perkataan
Gestalt bermaksud corak, bentuk atau rupa. Gestalt merujuk kepada kepercayaan bahawa
seseorang itu biasanya lebih suka mengatur pengamatannya dalam corak yang
tertentu dengan menyusun semula rangsangan supaya ia menjadi lebih ringkas,
lebih lengkap dan lebih teratur daipada keadaan sebenarnya.
Ahli-ahli psikologi Gestalt telah
mengasaskan beberapa hukum tentang persepsi penglihatan yang menjadi asas pada
organisai pengamatan. Hukum Gestalt tentang pengamatan menerangkan bagaimana
sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar
belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh. Berikut adalah
beberapa hukum Gestalt mengenai pengamatan visual.
Rajah
1.2: Mangkuk atau Muka
Rajah
1.3: Wanita Muda atau Wanita Tua
Rajah 1.3 boleh dipersepsikan sebagai seorang wanita
muda atau wanita tua. Jika wanita muda menjadi objek, maka wanita tua tidak
kelihatan dan sebaliknya jikalau wanita tua menjadi objek, wanita muda pula
tidak kelihatan. Dalam hal ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan
bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna.
Pada umumnya manusia akan mendaftarkan satu rangsangan sebagai objek dan satu
lagi sebagai latar belakang, dan kedua-duanya boleh bertukar bentuk menjadi
objek pengamatan apabila ia didapati sesuai.
1.1.6 KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk memperolehi
pengamatan yang betul dan mencukupi, pelajar mestilah diberi pengalaman pertama
dalam seberapa banyak situasi belajar yang boleh. Lawatan ke sekolah-sekolah, kilang
perindustrian, lombong arang batu, landasan keretapi, loji pembersihan air dan sebagainya
untuk memperkayakan pengetahuan sedia ada pelajar. Semua pengalaman baru ini berguna
dan membantu dalam pembelajaran pengamatan. Mendedahkan pelajar pada rangsangn
luaran dalam persekitaran melalui objek sebenar atau alat pandangan dan pendengaran
tidaklah mencukupi. Pelajar selalunya perlu dibantu untuk mengetahui apa yang patut
dilihat. Guru membimbing pemerhatian supaya pengamatan pelajar menjadi tepat
dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat bertindak balas dengan cergas kepada
rangsangan deria supaya dapat meneruskan
proses mental yang lebih tinggi. Guru perlu merangsang pelajar ke arah satu
corak sintesis pengamatan yang berguna.
1.2
INGATAN DAN LUPAAN
Ingatan dan lupaan
merupakan dua konsep penting dalam proses pembelajaran yang dikemukakan oleh
gagne. Daya ingatan berkait rapat dengan kapasiti mental dan fizikal seseorang
individu supaya ia mampu mengekalkan maklumat yang diperolehi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.Manakala, Lupaan pula dapat ditakrifkan sebagai
perubahan dalam presepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.
1.2.1 DEFINISI
INGATAN
Ingatan
merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari,
dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang
diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.
Ingatan merupakan kata terbitan dari
kata kerja ingat yang bermaksud masih dalam fikiran atau tidak lupa(Kamus Dewan
edisi Empat). Ingatan juga bersinonim dengan kenangan. Mengikut Atan Along
(1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan
penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam
otaknya. Fein (1978) pula mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat
yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980)
berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna
untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
Kesimpulannya, ingatan merupakan
proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
1.2.2 DEFINISI
LUPAAN
Lupaan
merupakan kesukaran untuk mengingat/mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg
telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi
atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.
Lupaan didefinisikan sebagai sesuatu
yang dilupakan(Kamus Dewan edisi Empat). Menurut, Eric Erikson (1963) pula
lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana
ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu .
1.2.3 JENIS-JENIS
LUPAAN
1.2.3.1
KEUSANGAN
Otak
akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor
keusangan. Hal ini berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang digunakan atau diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak
diaktifkan ia mudah dilupai.
1.2.3.2
LUPAAN GANGGUAN
Gangguan
yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya,
proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.
1.2.3.3
LUPAAN TERDESAK
Lupaan
yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan
maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
1.2.4 FAKTOR-FAKTOR
YANG MENYEBABKAN LUPAAN
1.2.4.1
MINAT
Perkara
yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka
tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat
untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan
mereka lupa dengan mudah.
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dengan
menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar bagi menarik dan mengekalkan minat
murid. Contohnya, menggunakan pendekatan yang pelbagai seperti pembelajaran
melalui permainan, demonstrasi dan gambar rajah.
1.2.4.2
PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG
Pelajar
yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg
diajar oleh guru. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan
keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
Guru dapat membantu murid
meningkatkan daya ingatan dengan mengamalkan pendekatan pedagogi secara lebih
harmonis. Contohnya, penekanan kepada komunikasi yang berkesan harus diterapkan
bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.2.4.3
PEREDARAN MASA
Makin
lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali,
semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesan
ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa
yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
Cara yang paling sesuai untuk
mengelak dari berlakunya keadaan sebegini ialah, guru boleh melakukan latih
tubi secara berulang. Contohnya, jarak masa antara satu-satu latihan perlu
diawasi bagi membantu murid mengekalkan daya ingatan terhadap apa yang pernah
dipelajari.
1.2.4.4
KEUSANGAN
Persekitaran
yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau
pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam
ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam
persekitaran yg baru.
Bagi mengatasi masalah ini, guru
perlulah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna dan berkaitan. Contohnya,
guru boleh menggunakan bahan pengajaran yang berbentuk kontekstual dan
merentasi kurikulum.
1.2.4.5 PENGALAMAN YANG PAHIT
Individu
mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja
kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat
ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar
manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan
diri kepada persekitarannya.
1.2.4.6
MASA YANG TIDAK MENCUKUPI
Jika
guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan
dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg
cukup ingat kembali sesuatu fakta.
Teknik penyoalan yang betul dapat
mengurangkan masalah ini. Guru boleh merancang bentuk, aras dan masa yang
sesuai untuk sesuatu soalan yang dikemukakan kepada murid.
1.2.4.7
ARAS KEYAKINAN
Aras
keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah
memudahkan proses lupaan.
Contohnya, guru yg berkeyakinan
dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p.
1.2.4.8
KEKURANGAN KEJELEKITAN
Maklumat
baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana
penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru
ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yg diajar
guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada
ingatan. Pendekatan konstruktivis boleh diterapkan bagai mengelak lupaan jenis
ini berlaku.
1.2.4.9
GANGGUAN PROAKTIK DAN RETROAKTIF
Gangguan
proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan
retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan
baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru.
Guru dapat membantu murid dengan
menerapkan kemahiran belajar yang sesuai bagi membolehkan murid menyesuaikan
dan mengadaptasi ilmu atau kemahiran yang baru.
1.2.4.10
TERLALU BANYAK YANG PERLU DI INGATI
Pelajar
akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu
diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak
fakta atau isi pembelajaran yg perlu diingati. Fikiran akan buntu dan tertekan akan
menyebabkan lupaan.
Penyusunan kandungan pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik dapat membantu murid untuk meningkatkan daya
ingatan dan mengelak situasi ini berlaku.
1.2.5 CARA-CARA
MENINGKATKAN INGATAN
1.2.5.1
BELAJAR SECARA BIJAK
Kajian
menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi
lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara bijak sehingga dikuasai
sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan bijak terutama
dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
1.2.5.2
PEMAHAMAN
Guru
perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan
fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar
maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan
yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat:
100816449362516941
Oleh kerana angka di atas melebihi
had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat
kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang
mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10
hingga 1.
1.2.5.3
MENGAITKAN BAHAN BARU DENGAN BAHAN SEDIA ADA
Guru
patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada
pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu
diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam
bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
Set induksi yang sesuai dapat
membina kognitif murid untuk mengadaptasi ilmu yang baru kepada ilmu sedia ada.
Melaluinya, murid akan lebih bersedia untuk menerima bahan baru tersebut dengan
lebih terbuka untuk pemindahan pembelajaran.
1.2.5.4
MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG BERMAKNA
Guru
boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman
mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
Contohnya, bahan maujud boleh
digunakan dalam menerangkan konsep asas dan contoh-contoh yang diberikan
haruslah bersifat kontekstual dan dapat merentas kurikulum.
1.2.5.5 IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Membentuk
iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum
aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh
keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
Contohnya, guru harus mengamalkan
komunikasi berkesan bagi membentuk iklim pembelajaran yang dimaksudkan. Hubungan
yang baik dengan murid dapat membuatkan persekitaran pembelajaran yang sngat
kondusif.
1.2.5.6
MENARIK MINAT DAN PERHATIAN MURID
Gunakan
teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran.
Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan
membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
Contohnya, sistem token boleh
digunakan sebagai ganjaran kepada perilaku dan penglibatan murid. Dengan itu,
murid akan tertarik dan perhatian pelajar dapat ditingkatkan.
1.2.6 KESIMPULAN
Ingatan
dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam
pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa
yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala
bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
Sebagai guru adalah penting
mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan
ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.
1.3
PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
1.3.1
DEFINISI
Pemindahan
pembelajaran didefinisikan sebarai merujuk kepada pertalian ajaib di antara
pencapaian dalam bilik darjah dan sesuatu yang berlaku dalam dunia sebenar(J.M.
Swinney). Ia juga dikatakan sebagai kebolehan individu menggunakan penguasaan
ilmunya untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Contohnya, kemahiran pembelajaran
konsep wang disekolah diaplikasikan oleh murid untuk membantu ibunya berniaga
kuih di pasar malam. Berlaku pemindahan pembelajaran bagaimana murid tersebut
menggunakan kemahiran yang dipelajari kepada situasi sebenar.
1.3.2
JENIS-JENIS PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
1.3.2.1 PEMINDAHAN POSITIF
Didefinisikan sebagai satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama dapat
membantu pembelajaran baru serta meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid
dalam sesuatu kemahiran spesifik.
Contohnya, kemahiran menunggang
basikal membantu seseorang untuk menunggang motosikal, kemahiran bermain hoki
membantu dipindahkan kepada permainan golf dan kemahiran penambahan digunakan
untuk konsep asas operasi darab.
1.3.2.2
PEMINDAHAN NEGATIF
Satu keadaan apabila pembelajaran lama menganggu atau menghalang
pembelajaran baru dan yang menyebabkan kekeliruan serta menyebabkan pemindahan
pembelajaran yang salah. Penguasaan konsep yang lemah boleh membawa kepada
pembentukan generalisasi yang salah.
Contohnya, maklumat
perang dunia pertama mengelirukan murid mengenai perang dunia kedua dan penukaran
unit dan bilangan daripada sistem imperal kepada sistem metrik mengelirukan
murid.
1.3.2.3
PEMINDAHAN MENDATAR
Merujuk kepada pengalaman
seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi
yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama.
Contohnya,
kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak
pengetahuan.
1.3.2.4
PEMINDAHAN MENEGAK
Merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada
kepada satu tahap yang lebih tinggi.
Melibatkan
pembelajaran yang melibatkan prinsip, hukum dan teorem.
Contohnya, murid-murid
mempelajari konsep sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep
segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.
1.3.2.5
PEMINDAHAN BILATERAL
Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan
latihan kemahiran seperti pendidikan jasmani.
Contohnya, latihan
menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.
1.3.2.6 PEMINDAHAN PENGANTARA
Pemindahan pengantara (mediated transfer) berlaku setelah
menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk
membentuk satu tindak balas baru.
Contohnya, Selepas menguasai
sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan dan
1.3.2.7
PEMINDAHAN SET PEMBELAJARAN
Set pembelajaran (learning set)
ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang
berulang-ulang.
Contohnya, murid diberi latih
tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan
baik.
1.3.3 SEBAB-SEBAB BERLAKU PEMINDAHAN NEGATIF
Sebab yang pertama ialah gangguan
proaktif. Situasi yang berlaku ialah pembelajaran sebelum menganggu
pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari mata pelajaran Fizik menganggu
pelajaran Kimia.
Sebab yang kedua pula ialah ganggunan retroaktif. Keadaan ini
berlaku apabila Pembelajaran berikutnya menganggu
pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris melupai
struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.
Sebab yang ketiga ialah gangguan tabiat
iaitu apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, tabiat menulis
tangan kiri akan menganggu tabiat menulis tangan kanan.
1.3.4 CARA-CARA MENGGALAKKAN PEMINDAHAN POSITIF
1.3.4 CARA-CARA MENGGALAKKAN PEMINDAHAN POSITIF
1.3.4.1 MENENTUKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF SECARA EKSPLISIT
Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu
objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sblm pembelajaran mempunyai
pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat
fakta atau konsep penting.
1.3.4.2 MENGUTAMAKAN PEMEROLEHAN KONSEP DAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip
untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi
sesuatu yang bermakna.
Contoh : Untuk mengingat nombor
“19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna
“Merdeka, Wawasan”
1.3.4.3 PENGALAMAN BERKUMULATIF DAN ORGANISASI SISTEMATIK
Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang
dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran
baru maka 2 prinsip berikut perlu dilaksanakan :
a) Pengalaman disusun
secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yg lebih kompleks.
b) Mengaitkan antara
matapelajaran2 contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik
1.3.4.4 MENGAJAR KONSEP DENGAN CONTOH SESUAI
Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan
memudahkan pelajar memahami konsep tersebut.
Contohnya, guru menerangkan
konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan
penukul sebagai contoh tuas.
1.3.5
KESIMPULAN
Amalan-amalan
pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran yang positif dikalangan
murid-murid harus dipupuk dan digalak dikalangan murid. Mengikut (Solomon &
Perkins, 1988; Pea, 1988), pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk
sekiranya murid-murid bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi
perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab kendiri untuk menguasai
pembelajaran.
SEKIAN...
Azizul bin Abdul Aziz
azizul_math@yahoo.com
No comments:
Post a Comment